Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan
di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal
10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan
Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang
didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan
lahir pada bulan Disember) oleh bapanya adalah untuk memudahkan urusan
pendaftaran persekolahan
-Usaha beliau yang paling diingati
masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah
menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan
akan memburukkan lagi krisis
-Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika
itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri.
-Usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir dimana beliau
menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada
penilaian mana-mana pihak.
-Beliau merupakan seorang tokoh politik
yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang
mencetuskan kontroversi.
-Beliau menyokong "Sistem Ekonomi
Pasaran" terkawal sebagai alternatif
kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya
menolak "Pasaran Bebas"
-Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga
sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak
termasuk badan dan media antarabangsa
-Antara projek-projek berprofil tinggi
(juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya
termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia(MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
-Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir
dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
-Beliau turut dinobatkan sebagai
"Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia
menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
-Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri
menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut
di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Pendidikan
-Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
-Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government
English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid),
-Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada
tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
-Beliau ditugaskan sebagai doktor
pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya
politik
-Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam
politik sejak 1945 yang mana beliau
mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.
-Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli
-Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah,
dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan
perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman
-Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas
menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia
-Dalam Pilihan Raya 1969, beliau
ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa
-Peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir
dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai
-Beliau telah mengkritik cara
pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga
dipecat keahliannya dalam UMNO
-Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu
telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya
hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun
kemudiannya
-Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding.
-Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
-Perdana Menteri Tun Abdul Razak
meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir
sebagai timbalannya
-Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn
mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981
-Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.
Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Hasil Penulisan
·
The Malay
Dilemma (1970)
·
Regionalism,
Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the
21st century (1989)
·
The Pacific Rim
in the 21st century,(1995)
·
The Way Forward, (1998)
·
A New Deal for
Asia, (1999)
·
Globalisation
and the New Realities (2002)
. Achieving
True Globalization,
(2004)
·
The Malaysian
Currency Crisis: How and why it Happened,(2003)
·
Principles of
Public Administration: An Introduction,
(2007)
·
Chedet.com Blog
Merentasi Halangan (Bilingual),
(2008)
.
wow last photo
ReplyDeletei love tun.dr.mahathir
ReplyDeleteOMG😍THANKS FOR INFORMATION😤❤BECAUSE MY TEACHER WANTED ME TO DO BINDING😌💕AND THE TITILE ARE TUN DR MAHATHIR☺I'M VERY APPRECIATE TO YOU😣❤THANKS✊💗
ReplyDeleteSuperbbb
ReplyDeleteVer ver good çok güzel.
ReplyDeleteİnstagram Organik Takipçi Satın Al
Twitter TT Topic
Twitter Takipçi Satın Al
İnstagram Beğeni Satın Al
Youtube Abone Satın Al
Youtube İzlenme Satın Al
Tiktok Takipçi Satın Al