NAMA : Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi.
TARIKH
LAHIR : 26 November 1939
TEMPAT
LAHIR :Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
GELARAN : Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badaw
Latar Belakang
Nama penuh
beliau ialah Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan pada
26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas tempoh
pantang ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa dan datuknya di
Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau, Sheikh Abdullah
Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala bapanya, Datuk Ahmad Badawi
turut mengajar di sekolah berkenaan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Datuk
Seri Abdullah dan keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau menghabiskan
zaman kanak-kanak dan remajanya.
Datuk Seri
Abdullah dibesarkan dalam suasana kampung walaupun berada dalam keluarga ulama
terkenal. Hal ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba kekurangan
dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi kepada Pulau
Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah padi dan kerana itu beliau
dibesarkan dalam suasana kampung.
Menurut
sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di Kepala Batas, pada
sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah kebangsaan, manakala sebelah
petangnya ke sekolah agama yang dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri Abdullah
mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat seperti ini telah
diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga mempunyai minat
dalam menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu
Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan Cikgu Bakar. Selain daripada itu, beliau
juga mempunyai minat dalam bermain kotak rokok, layang-layang dan berbasikal di
atas bendang.
Datuk Seri
Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau bersama Allahyarham Abdul
Fatah amat berminat untuk menjual buah manggis pada masa lapang. Beliau juga
diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta membajak sawah. Beliau
juga pernah mandi air telaga. Pada musim kemarau, beliau bersama rakannya Subki
mengangkut air dari sungai menggunakan upih pinang untuk kegunaan di rumah.
Selepas
mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu Permatang
Bertam dan lulus bersama empat pelajar lain, Datuk Seri Abdullah telah
melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima.
Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau
Pinang. Di sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang
pelajar yang dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi ketua pengakap
sekolahnya Bukit Mertajam. Ketika berada di tingkatan lima, beliau menjadi
editor majalah sekolah. Guru-gurunya turut mengakui beliau mempunyai kemahiran
dalam mengarang dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Jelas
sekali bahawa sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara keperluan
dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama, tetapi mereka tidak
membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu agama semata-mata. Sebaliknya
beliau dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu
yang sama, didikan agama tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah
pada sebelah pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa
yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan dididik
sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya dalam ilmu-ilmu agama.
Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang mulia dan terserlah.
Selepas menerima pendidikan menengah,
beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Islam pada tahun 1964.
Beliau pada masa kini adalah seorang
kakitangan awam dan juga seorang pemimpin tertinggi negara dan pemimipin UMNO
iaitu parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi
terbanyak dan pemimipin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar.
Dato' Seri
Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka
dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.
-Dato'
Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.
-Beliau
mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen
Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen
tersebut hingga kini.
Beliau
adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981.
-Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib
Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan
berkenaan pada tahun 1996.
-Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000-2003.
-Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.
-Dato'
Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa
kementerian.
-Beliau
dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
(1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran
(1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87).
- Pada 15
Mac 1991, beliau dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada
Februari 1999.