J.S.Furnivall merupakan orang pertama
yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia
dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan
salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai
konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat
yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi
politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat
wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain
daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan
terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan
bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai
unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan
pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar
konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa
kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli
fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah
satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras.
Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka
dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat
hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di
Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang
Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga
berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu
kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P.
Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan
dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi
dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor
penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia
berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat,
tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan
menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada
China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya
(1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa
keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah
Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina
sendiri
yang telah menetap lama di Tanah
Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3),
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa.
Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan
kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah
Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke
Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina
Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat
luar.
Migran kedua terbesar selepas China
adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India
Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya
tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah
keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China
dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada
masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh
lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan
Selat Melaka..
Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8),
pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka
datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah
yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan
berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki
yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada
luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana
berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut
garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada
luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi
dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat
majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba
dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah
Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786,
menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka
masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama
lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang
besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar
akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi
dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan
kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah
kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
No comments :
Post a Comment