Peristiwa
13 Mei
·
Rusuhan kaum yang berlaku pada
tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
·
Ia lebih dikenali sebagai
Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969.
· Tragedi yang berlaku pada 13 Mei
1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
·
Isu perkauman dalam pilihan raya
1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
·
Semasa kempen Pilihan Raya 1969,
calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu.
·
Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.
·
Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
·
Parti Perikatan telah hilang
majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
·
Parti Gerakan, DAP dan PPP
(kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi
dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
·
Sebab
terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang
ditunjangi oleh kaum Cina.
·
Penyokong-penyokong
Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
·
Peristiwa ini berlaku berikutan
pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
·
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan
dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu
, Selangor.
·
Beliau minta kebenaran polis untuk
berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50
di Selangor .
·
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur.
·
Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
·
Dikatakan kaum Cina yang menang
telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan
perkauman.
·
Ada pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang
Melayu ke laut.
·
Dalam masyarakat Melayu penyapu
mempunyai konotasi yang amat negative - sial.
·
Ada orang Cina yang mencaci dan
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
·
Di Jinjang, Kepong, kematian
seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis.
·
Namun perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
·
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech
Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti
Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan.
·
Yeoh Tech Chye menang besar di
kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
·
UMNO telah mengadakan perarakan
balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
·
Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini
tidak dirancang.
·
Orang Melayu berkumpul di rumah
Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.
·
Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
·
Rupa-rupanya mereka yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat
lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .
·
Ketika berkumpul, cerita-cerita
tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan
meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga
turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk
menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan
perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.
·
Jam 3.00 petang datang berita
kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri
Besar Selangor.
·
4.00 petang. Pemuda-pemuda
Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak
ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.
·
Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda
Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di
hujung seperti dalam filem lama Cina.
·
Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah.
·
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
·
Pasukan FRU di keluarkan dari
Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.
·
Malangnya pasukan ini terdiri dari
Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan
menyebabkan orang Melayu semakin meradang.
·
Ketua Regimen Renjer
dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru
dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Regimen Renjer.
·
Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah
Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
·
Akhirnya Regimen Renjer
dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
·
Beberapa bangunan rumah kedai di
sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
·
Pentadbiran diambil-alih oleh
Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
·
Dikalangan orang Cina ada yang
mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih
timah. Konon ada rakaman televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong
kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila
sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!
PANGGUNG ODEON
·
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan
jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
·
Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan
tersebut dalam bahasa Cina.
·
Pemuda-pemuda Cina samseng dari
kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung
Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut. Penonton
Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.
·
Ini termasuklah dua askar Melayu
yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
·
Seorang polis bernama Rahim yang
tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di
kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
·
Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari
kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas.
·
Ada yang mengatakan kepala orang
Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
·
Abdul Rafai Alias bersama
rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan
terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.
·
Beliau turut melangkah-langkah
mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
·
Khabar angin mengatakan tentera Sabil
dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat.
·
Begitu juga dengan tentera
selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di
Balai Polis Kajang dan Cheras.
·
Ada 4 kiai di sekitar Kampung
Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga
yang agak mahal.
·
Sebenarnya mereka mengambil kesempatan
daripada keadaan cemas tersebut.
·
Sesiapa yang memakainya menjadi
kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan
orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
·
Namun rusuhan kaum tidak terjadi
Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis
tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga
tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh
PKM.
ANGKA KORBAN
·
Angka rasmi menunjukkan 196 mati,
439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
·
Tapi spekulasi mengatakan 700
orang mati terbunuh.
DI MANA TUNKU
·
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku
Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .
·
6.45 petang Encik Mansor selalu
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku
Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
·
Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang
bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.
·
Ada yang menyalahkan Dato' Harun
Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah
penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.
·
Dato' Harun Idris sedang menaiki
tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju
Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
MAGERAN
·
Negara diisytiharkan darurat pada
malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran
Tun Abdul Razak.
·
Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
·
Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada
tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada
pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969.
·
Selepas tragedi tersebut Dr.
Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
·
Keadaan akhirnya dapat di kawal
dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian
termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
·
Ternyata langkah Tunku Abdul
Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah
perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama
orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
·
Tahun 1969 pilihan raya diadakan
semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
·
Barisan Nasional dibentuk.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi
Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
·
Beberapa politikus yang dianggap berbahaya
telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
·
Persempadanan pilihan raya yang
lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
·
Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek
ekonomi mendapat tafsiran semula.
IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
ReplyDeletepengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai ...