Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.




NAMA         : Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.
TARIKH LAHIR  : 26 November 1939
TEMPAT LAHIR :Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
GELARAN      : Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badaw

Latar Belakang


Nama penuh beliau ialah Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas tempoh pantang ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa dan datuknya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala bapanya, Datuk Ahmad Badawi turut mengajar di sekolah berkenaan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Datuk Seri Abdullah dan keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya.

Datuk Seri Abdullah dibesarkan dalam suasana kampung walaupun berada dalam keluarga ulama terkenal. Hal ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba kekurangan dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi kepada Pulau Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah padi dan kerana itu beliau dibesarkan dalam suasana kampung.

Menurut sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di Kepala Batas, pada sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah kebangsaan, manakala sebelah petangnya ke sekolah agama yang dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat seperti ini telah diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan Cikgu Bakar. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai minat dalam bermain kotak rokok, layang-layang dan berbasikal di atas bendang.

Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau bersama Allahyarham Abdul Fatah amat berminat untuk menjual buah manggis pada masa lapang. Beliau juga diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta membajak sawah. Beliau juga pernah mandi air telaga. Pada musim kemarau, beliau bersama rakannya Subki mengangkut air dari sungai menggunakan upih pinang untuk kegunaan di rumah.

Selepas mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu Permatang Bertam dan lulus bersama empat pelajar lain, Datuk Seri Abdullah telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau Pinang. Di sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang pelajar yang dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi ketua pengakap sekolahnya Bukit Mertajam. Ketika berada di tingkatan lima, beliau menjadi editor majalah sekolah. Guru-gurunya turut mengakui beliau mempunyai kemahiran dalam mengarang dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jelas sekali bahawa sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara keperluan dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama, tetapi mereka tidak membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu agama semata-mata. Sebaliknya beliau dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu yang sama, didikan agama tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah pada sebelah pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan dididik sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya dalam ilmu-ilmu agama. Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang mulia dan terserlah.

Selepas menerima pendidikan menengah, beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Islam pada tahun 1964.

Beliau pada masa kini adalah seorang kakitangan awam dan juga seorang pemimpin tertinggi negara dan pemimipin UMNO iaitu parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi terbanyak dan pemimipin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar.

Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.


-Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.

-Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini.
Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981.

 -Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996.

 -Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000-2003.

 -Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.

-Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian.

-Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87).

- Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.











Peristiwa 13 Mei



Peristiwa 13 Mei
·         Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. 

·         Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. 

·        Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG



·         Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
·         Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
·         Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
·        
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.  
·         Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.  
·         Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

·         Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

·         Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina.
·         Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN



·         Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

·         Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu , Selangor.
·         Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor .
·          Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. 

·          Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.


·         Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.  

·         Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.  
·         Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. 

·         Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINA



·         Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis.
·         Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.


·         Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan.  
·         Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR



·         UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
·         Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

·         Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
·          Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
·         Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .


·         Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan  kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk  menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.

·         Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.


·         4.00 petang.  Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari  PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak  ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.

·         Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

·         Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan,  semua orang tidak boleh keluar dari rumah.

·          Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REGIMEN RENJER




·         Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.

·         Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.

·          Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.  Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer.

·          Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

ASKAR MELAYU




·         Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  

·         Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.

·         Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.


·         Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!


PANGGUNG ODEON



·         Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
·          Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina.
·         Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.  Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.
·         Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.


·         Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
·          Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas.
·         Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar. 


·         Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.
·         Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

·         Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat.
·         Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

·         Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.
·          Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut.
·         Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.

·         Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.  Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

ANGKA KORBAN



·         Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
·         Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.


DI MANA TUNKU



·         Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .

·         6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
·          Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk.  Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.

·         Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.
·         Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.

MAGERAN



·         Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.
·          Parlimen dibubarkan.  Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
·          Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.  Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan.  Ada pendapat yang mengatakan  Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969. 
·         Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

·         Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
·         Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.


·         Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
·          Barisan Nasional dibentuk.  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
·          Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  
·         Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
·          Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula.