Dasar 1 Malaysia






-1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.

-Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

-Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.

Slogan 1Malaysia

Tahun
Tema
2009
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
Menjana Transformasi
2011
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
2012
Janji Ditepati
2013
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Logo 1Malaysia

-Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

-Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Inisiatif 1Malaysia

·  Klinik 1Malaysia (2010)
·  Nasi Lemak 1Malaysia (2010)
·  E-mel 1Malaysia (2011)
·  Menu Rakyat 1Malaysia (2011)
·  Perumahan Rakyat 1Malaysia (2012)
·  1M4U Malaysia (2012)

8 Nilai Dalam Konsep 1Malaysia

-Budaya Kecemerlangan
-Ketabahan
-Rendah Diri
-Penerimaan
-Kesetiaan
-Meritokrasi
-Pendidikan
-Integriti


No comments :

Post a Comment